Polisi Keselamatan

     

    Terima kasih kerana mengunjungi laman web Jabatan Pendaftar

    Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung.

    Sekiranya anda ingin mendaftar dan membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif.  Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.
     

    Perlindungan Data
    Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

    Keselamatan Storan
    Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

    Maklumat Yang Dikumpul
    Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari laman web ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel.
     

    Maklum Balas, Pertanyaan atau Aduan
    Jabatan Pendaftar  amat mengalu-alukan maklumbalas anda. Sekiranya maklumat yang terperinci diperlukan tidak terdapat di dalam laman web ini, sila maklumkan melalui ruangan Maklum Balas kami. Maklumbalas, pertanyaan atau aduan  anda akan diajukan kepada pihak yang berkenaan.

    Apa yang akan Berlaku jika Saya Membuat Pautan kepada Laman Web yang Lain?
    Laman web ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari. 

    Pindaan Dasar
    Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.

    Hebahan Jabatan Pendaftar Kejuruteraan

    TAKLIMAT PROSES PENILAIAN PRESTASI BAGI TAHUN 2018

    TAKLIMAT PROSES PENILAIAN PRESTASI BAGI TAHUN 2018

    Pada 16hb November 2018, telah berlangsungnya Taklimat Proses Penilaian Prestasi Bagi Tahun 2018 Untuk Pegawai Penilai Pertama, Pegawai Penilai Kedua dan Pegawai Penntadbiran di PTJ telah diadakan di Kampus Kejuruteraan....

    JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SEMESTER PERTAMA, SIDANG AKADEMIK 2018/2019 [02 JANUARI HINGGA 19 JANUARI 2019]

    Dimaklumkan bahawa bersama-sama ini dipaparkan Jadual Waktu Peperiksaan Semester Pertama, Sidang Akademik 2018/2019 (2 Januari hingga 19 Januari 2019) 2.         Sukacita sekiranya calon dapat menyemak bahawa semua kursus yang didaftarkan...

    FOKUS MEREKAYASA USM SEBAGAI SEBUAH UNIVERSITI PILIHAN DI PTNC 2018

    FOKUS MEREKAYASA USM SEBAGAI SEBUAH UNIVERSITI PILIHAN DI PTNC 2018

    https://www.usm.my/images/pdf_2018/Industri_VC-perutusan-2018_finalversion.pdf   NIBONG TEBAL, 23 Februari 2018 – Perutusan Tahunan Naib Canselor 2018 (PTNC 2018) memperlihatkan fokus utama universiti dalam Merekayasa USM Sebagai Sebuah Universiti Pilihan atau Making USM A...

    #USMFIT JELAJAH LALUAN USMFIT TRAIL

    #USMFIT JELAJAH LALUAN USMFIT TRAIL

      Pulau Pinang, 3 Mac 2018 – Program #USMFIT pada petang semalam telah menggunakan 'USMFIT Trail' di Universiti Sains Malaysia yang hampir 80% siap dibina. Naib Canselor USM Profesor Datuk...

    IN-PERSON BERSAMA DR. MUSA ALI

    IN-PERSON BERSAMA DR. MUSA ALI

    1. Perkongsian perasaan setelah mendapat berita dilantik sebagai Pendaftar ke-9 USM. Sudah tentunya saya berasa amat terharu kerana saya juga ialah bekas pelajar USM. Saya tahu institusi Pendaftar adalah satu...

    Perutusan Tahunan Naib Canselor 2018

    xICON-BAKAL PELAJARixICON-PELAJARxICON-IBUBAPAPELAWATxICON-STAFFxICON-ALUMNIixICON-DIREKTORIxICON-CAMPUS ONLINE