Pengenalan dan Fungsi

Bahagian Pengurusan Akademik adalah sebuah seksyen dibawah seliaan Jabatan Pendaftar, Kampus Kejuruteraan yang berperanan membantu menyelaras keperluan Pelajar Ijazah Pertama dan Pelajar Ijazah Tinggi ke arah pencapaian akademik yang cemerlang. Antara tugas-tugas teras Bahagian Pengurusan Akademik adalah seperti berikut :

  • Pengurusan Penyediaan Jadual Waktu Peperiksaan
  • Pengurusan Penyediaaan Pengawasan Peperiksaan
  • Pengurusan Peperiksaan
  • Rayuan Semakan Keputusan Peperiksaan
  • Pengurusan Peperiksaan Rancangan Pengajian Jarak Jauh (RPJJ)
  • Pengurusan Pelajar Ijazah Tinggi;
  • Permohonan Baharu
  • Pendaftaran
  • Hal Ehwal Pencalonan Pelajar
  • Viva Voce

Selain tugas di atas sebarang keperluan perkhidmatan kepada pelanggan (pelajar) dalam merialisasi matlamat mereka seperti mengeluarkan surat sokongan kepada agensi luar, di samping menjadi setiausaha kepada beberapa jawatankuasa berkaitan aktiviti akademik. Antara Jawatankuasa yang diwakili adalah seperti berikut :

  1. Jk Penyelarasan Kejuruteraan
  2. Jk Jadual Waktu Pengajaran
  3. Jk Meniru/Menipu

Bahagian Pengurusan Akademik juga ddipertanggungjawabkan menyediakan dokumentasi atau bahan bukti penyiasatan atau apa sahaja yang diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa seperti di atas